Thursday, March 31, 2011

when u feel...........ALONE

dah lama tak menulis...lebih senang menjadi pemerhati kepada sekeliling..pemerhati kepada mereka-mereka yang dekat,jauh,ada dan tiada kena mengena dalam hidup...kadang kala, bersikap diam dan lihat lebih baik dari terlalu mengambil tahu kan..belajar untuk menjadi diri sendiri,belajar untuk lebih  memahami dan mengenal manusia-manusia di sekeliling kita.

pernah rasa terjatuh??kemudian mengambil masa yang agak lama untuk bangun...
pernah rasa tesisih??kemudian perlahan-lahan kembali dan mengambil masa untuk orang sedari
pernah rasa terhina??kemudian perlahan-lahan kembali membina jati dan keyakinan diri..

itulah adalah permulaan kehidupan...bukankah hidup kita terlalu singkat untuk kita bermasam muka...terlalu singkat untuk bermusuh-musuhan..tapi...hakikat kehidupan..terlalu ramai yang menjadi musuh dalam selimut..gunting dalam lipatan..malah..kerana bisa mulut itu, persaudaraan menjadi renggang..

senang sahaja menjadi seorang kawan..tapi..yang susahnya..menjadi seorang kawan ketika susah dan senang..mahu melihat siapa kawan kita...lihat sahaja siapa yang sudi bersama ketika kita susah...yang memahami..mungkin tidak dapat membuat keputusan untuk kita,tetapi pengertian dan pemahamaan itu yang membuat kita dihargai..



* . dh jauh kita berjalan..dh rasa manis,pahit,masamnya kehidupan ini..dah rasa macammana ranjaunya kehidupan ini kan...rahsia DIA yang kita sendiri tak tahu.. apa jua ketentuanNYA, terima seadaNYA..kita manusia yang percaya qada dan qadarNYA bukan..kita manusia yang masih bertauhidkan DIA bukan..kita juga manusia yang sering dahagakan Kasih sayangNYA..setiap airmata yg menitis..setiap kata yang terluah..setiap ayat yang tertahan..segalanya percaturan DIA..kita manusia KUAT..kita manusia HEBAT..jangan ditanya takdirnya.jangan pula dipersoal kenapa..rahsia DIA..Dia yang tahu.

Friday, March 18, 2011

Japan Earthquake, Tsunami and Nuclear Updates Updated: 18 Mac 2011

PRESS RELEASE
KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN
17 Mac 2011, 3.30ptg
1.           Berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada jam 6 pagi ini, kadar dedahan sinaran yang diukur di enam lokasi di sekeliling pintu masuk utama Stesen loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi menunjukkan kadar yang tinggi dari normal. Namun demikian kadar dedahan tersebut telah menunjukkan tren yang menurun iaitu dari 4.418 mSv/jam pada jam 10.00 pagi (waktu Jepun) ke 1.472 mSv/jam pada jam 2.20 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011.
2.           Sebagai perbandingan pihak Jepun juga membuat pemonitoran di sekitar Tokyo, Miyagi dan Ibaraki pada jam 2.00 hingga 3.00 petang (waktu Jepun), 16 Mac 2011di mana kadar dedahan yang diperolehi adalah pada tahap normal iaitu dari 0.054 – 0.252 uSv/jam.
3.           Dos dedahan sinaran yang telah ditetapkan untuk orang ramai di Malaysia berdasarkan standard Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) adalah 0.5 µSv/jam iaitu 1 mSv/tahun.
4.           Pihak berkuasa Jepun telah selesai memindahkan penduduk yang berada dalam kawasan sekitar 20km radius dari stesyen nuklear Fukushima Daiichi. Arahan berlindung di dalam bangunan dan rumah pula masih dikekalkan bagi jarak 20 – 30 km radius. Pil iodin telah dibekalkan kepada pusat pengagihan sebagai persediaan untuk diberi kepada orang awam jika ianya diperlukan. Semua tindakan ini adalah selari dengan pelan kemalangan nuklear yang telah sedia ada.
Tindakan oleh MOSTI
5.      MOSTI melalui jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. Pusat Maklumat Radiologi yang bertempat di jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom masih dibuka 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam.
6.      Berdasarkan model-model trajektori yg dihasilkan melalui mekanisma tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ianya akan sampai ke negara kita.
7.      Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu di antara 0.024 hingga 0.175 uSv/jam.
8.    Mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif samada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors -RPMs) yang berada di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa. Sistem RPM ini telah dipasang semenjak tahun 2009. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga tarikh ini.
9.    Maklumat teknikal mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
       a) Laman Web IAEA (www.iaea.org)
       b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun
           (www.nisa.meti.go.jp)
       c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999
Dikeluarkan oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia
17 Mac 2011, 5.00 petang


Cerita orang kita..

Kecoh..radiasi dh sampai ke sini..konon-konon angin dari jepun dh membawa radiasi dari sana..cerita dari seorang teman yang baru pulang dari sessi taklima di AELB semalam..banyak panggilan talifon dari orang-orang kita yang pelbagai ragam..yang terlalu percayakan khabar angin..

Pemanggil A : ..encik...boleh ke anak-anak sy bermain kat luar rumah nie...radioaktif dh sampai kat malaysia nie.. (menggelabah)

Pemanggil B..: Encik..kami keluar rumah kena pakai baju hujan ke nk elak dari radiasi ni ?...(kalut)

Pemanggil C..: encikk..kerajaan tak buat apa-apa ke??agensi yang terlibat tak buat keje ke?? (kita tau la keja kita...dok kalut pasaipa...)


Itu adalah segelintir dari sikap orang kita..yang lebih percayakan khabar angin tanpa merujuk kepada pihak yang lebih mengetahui untuk membuat rujukan..malah ada yang kononnya seperti tahu apa yang terjadi dan membuat rumusan sendiri..

Itu baru cerita mengenai Nuklear..belum lagi cerita yang terjadi dalam kehidupan sekeliling kita.

Orang kita..terlalu banyak syak wasangka dari bersangka baik.. terlalu banyak membuat cerita dari bertanya tentang kesahihan.. terlalu banyak mengadu domba menarik perhatian untuk mereka..itu lah cerita orang kita..

Buka minda..banyak yang perlu kita fikir selain dari hal-hal orang lain.. benci la..kita tak amik tau hal orang..orang sibuk ambil tahu hal kita..WTF...itu belum lagi kata-kata nista..belum lagi caci maki serta ntah apa-apa lagi .. jauhakn diri dari dari orang yang boleh menjatuhkan kita adalah yang terbaik..satu sen pun tak rugi.


*..dh jauh kita berjalan..ke kiri..ke kanan..ke mana?

Tuesday, March 15, 2011

PRESS RELEASE SIDANG AKHBAR LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

PRESS RELEASE SIDANG AKHBAR LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 


14 Mac 2011, 5.30 petang
1. Kejadian gempabumi dan tsunami di Jepun telah mengakibatkan insiden nuklear pada tahap 4 ( Three Mile Island-tahap 5, Chernobyl- tahap 7) yang memberi kesan hanya kepada kawasan di sekitar loji kuasa nuklear. Tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa Jepun dan keadaan loji yang terlibat adalah terkawal.
2. Kawasan yang terlibat mempunyai 13 unit loji kuasa nuklear di mana sewaktu kejadian berlaku, hanya 10 unit yang sedang beroperasi. Daripada jumlah ini, 2 unit mengalami insiden yang mana sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi.
3. Sehingga jam 5.00 petang pada 14 Mac 2011, laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA) menyatakan kedua-dua loji tersebut kini dalam keadaan terkawal dan selamat dengan bacaan dedahan luar di empat lokasi sekitar loji berada dalam keadaan normal.

Tindakan oleh MOSTI
4. MOSTI melalui jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia telah memantau situasi di Jepun mulai daripada tarikh kejadian iaitu 11 Mac 2011. Dalam masa yang sama, maklumat terkini sentiasa diperolehi dari IAEA dan pihak Berkuasa Jepun (NISA).
5. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.
6. Maklumat teknikal mengenai kejadian di Jepun boleh diperolehi dari:
a) Laman Web IAEA (www.iaea.org)
b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (www.nisa.meti.go.jp)
c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999


Sumber : Laman web rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Friday, March 11, 2011

Pasrah

Hujan rintik ini seakan memahami
Gelodak yang bersarang dihati
Apabila niat disalah erti
Apabila bait kata disalah tafsir

Masih mampu tersenyum
Mungkin ini nilai yang harus dibayar
Mungkin juga harga sebuah kehidupan

Manusia sering terasa kerdil bila dihina
Manusia juga sering mahu mengadu domba
Tapi bagi aku
Dihina, aku kian kuat
Mengadu domba..hilang nilai diri kita

Aku masih bersabar
Atas nama hamba DIA yang hina
Aku pasrah
Walau duga demi duga yang melanda
Itulah hakikat sebuah kehidupan
Kita takkan kuat tanpa ujian
Kita takkan ada semangat tanpa dugaan
Aku Redho...

Wednesday, March 9, 2011

Empty

Kosong..empty..dan sangat kosong...mungkinkah ini tanda bakal berakhirnya perhubungan.. Terima kasih.


Monday, March 7, 2011

SUnyi sepi

Dh lama tak menulis. Kering idea. padahal bukan takde perkara yang ingin dikongsi..banyak..terlalu banyak..tapi semuanya tersekat di dalam hati. biarlah jadi rahsia dan keadaan tenang semua. semalam baca status my kazen di fb..mak anjang yang menghidap cancer lidah sedang di rawat di icu hospital kuala lumpur..Ya allah..mohon disembuhkan penyakit itu..tak sanggup melihat dia derita. tiada lagi usikan nakal..gurau senda dari mak anjang..takpe lah..sakit itukan penyembuh dosa untuk kita lebih dekat kepadaNYA..dan pada kami yang melihat kesakitan itu..mohon dijauhkan dari diuji sedemikian...tapi..siapalah kita untuk menghalang TakdirNYA..



*..Hari ini mahu fisio lagi..