Tuesday, May 31, 2011

Ikea oh Ikea

Ikea best.. tu je nk ckp.. 1st time p sini ..hahaha.. rasa cm jakun gile...suka..suka..suka...tq sebab sudi bwk ke sini setelah penat melayan kepala angin yang tetiba shopping sakan sabtu dulu.. ha..baru tau camana bile sy shoping yer...hahaha....
Berbalik pada cerita kat atas tue.. aku suka ikea sebab semua ada kat sini.. tp harga??blh tahan la..pingan mangkuk yg tak leh blah tue..nasib baik iman ni masih kuat..huhuhu.. sempat capai sikit je sebab sebelum tue dh byk abis kat tempat lain..





Nak ke Ikea melalui The
 curve





Katil dia besstt oooo..empuk2 je..







Ramainye orang lalu lalang






Jom Kita Balik...satu beg cukup la...



Oh Ikea..nnti aku singgah lagi je..seronok dan beronok-ronok betul datang sini... dan kuar duit pun beronok-ronok jugak...best dapat beli kuali baru...ngehh..ngeh..ngehh....

Monday, May 30, 2011

Siapa Malcolm X ..

Maaf.. Entry copy n paste lagi.. sebab aku pun baru tau hal ni dan nk share kepada semua..mari kita kenali siapa malcom x.. jeng..jeng...jeng..





Apabila kamu menjadi seorang muslim sejati, kamu tidak akan melihat seseorang itu berkulit hitam, coklat, merah atau kuning. Tapi kamu akan memandangnya sebagai seorang manusiaMalcolm X

Mungkin ramai yang mengenalinya dan mungkin lebih ramai yang tidak mengetahui siapakah lelaki ini. Malcolm X merupakan seorang tokoh yang pernah mengegarkan Amerika Syarikat sekitar tahun 1952 hingga 1965. Malcolm X (El-Hajj Malik El-Shabazz) merupakan seorang pejuang. Bermula dengan perjuangan untuk hidup dan kemudiannya berubah kepada perjuangan untuk memaknakan hidup. Dia tidak sekadar pembela kulit hitam. Juga, tidak hanya pejuang hak asasi manusia. Tapi, lebih dari itu. Ini semua dapat kita selami apabila kita menyelongkari kembara rohaninya yang begitu indah. Kembara yang menemukannya dengan Tuhan dan sekali gus memberikannya kekuatan untuk melakukan U-TURN KE JALAN LURUS.

Pada tahun 1992, hidup dan kehidupannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Malcolm X. Filem ini di arahkan oleh Spike Lee dan watak Malcolm X pula dilakonkan oleh Denzel Washington. Di sini, saya tidak ingin berbicara panjang perihal Malcom X atau filem tersebut. Sebenarnya, bukanlah motif saya untuk memerihalkan riwayat lelaki berjiwa pejuang ini secara lengkap dan menyeluruh . Cuma, saya ingin berbicara dan sekali gus mengajak para sahabat mengambil iktibar dari kisah hidupnya.




(Wajah Sebenar Malcolm X)


Percayalah, ketika nadinya berdenyut hinggalah jantungnya berhenti berdegup, ada seribu pengajaran yang mampu kita pungut. Percaya jualah, pada setiap langkah yang pernah diatur dan jejak yang disusun olehnya ketika ‘mencari’ Tuhan, amat perlu untuk kita renungi . Renung dengan teliti dengan menggunakan mata hati yang suci.

KERJA TUHAN TAK SIAPA YANG TAHU, inilah kesimpulan terpenting yang dapat kita simpulkan apabila kita menghayati kisah Malcolm X . Apa tidaknya, Malcolm X asalnya seorang penjenayah yang dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun kerana pelbagai kesalahan yang dilakukan. Beliau adalah seorang pengedar dadah, penyeludup dan bapa ayam yang terkenal dengan gelaran Detroit Red. Lihatlah bagaimana Tuhan mengatur persitwa ini, maksud saya peristiwa Malcolm X ditangkap oleh polis dan kemudiannya dipenjarakan. Dipenjaralah hidayah datang menyapa dirinya. Di penjaralah dia diperkenalkan dengan islam yang dibawa oleh tokoh-tokoh Nation of Islam(NoI). Benar sekali, Allah adalah PENCIPTA dan PERANCANG YANG MAHA SEMPURNA.


(Malcolm X bersolat di sebuah masjid-Dari filem Malcolm X)

Dalam melayari hidup, kita tidak seharusnya sekadar memungut pengalaman, lebih penting dari itu kita hendaklah bersedia untuk mengutip pengajaran. Paling penting, biarlah pengajaran dari sesuatu peristiwa itu mampu menerbitkan pengajaran yang bermakna buat kita. Namun, harus diakui, sebagai manusia yang memiliki usia dan keupayaan yang terhad, kita juga memiliki pengalaman yang amat terbatas. Jadi, kita perlukan pengalaman pinjaman. Dalam hal ini, kita boleh meminjam pengalaman Malcolm X untuk mematangkan diri dalam mengenali makna hidup dan kehidupan.

Sejarah hidup Malcolm X mengajar kita, sesungguhnya HANYA DIA YANG TAHU CERITA KITA SAMPAI HABIS. Ya, hanya DIA, iaitu Allah. Sesungguhhnya dalam hidup ini kerap kali kita dihidangkan dengan realiti di luar duga. Kekadang permulaan yang baik, tapi pengakhiran pula tidak baik. Begitu juga sebaliknya, permulaan yang tidak baik, tapi pengakhirannya pula baik. Kadang-kadang hidup ini persis perlawanan bola sepak, separuh masa pertama teruk ketinggalan, tapi separuh masa kedua pula, mampu bangkit dan memenangi perlawanan. Walau apa jua situasi, penilaian ataupun hukuman yang diberi adalah berdasarkan titik noktah atau pengakhiran sesebuah kehidupan atau perjuangan. Titik noktah inilah yang menatijahkan penilaian, sama ada berbentuk pujian mahupun kejian.

Berbalik kepada kisah Malcolm X, siapa sangka seorang samseng jalanan yang kemudiannya menjadi penjenayah yang digeruni, akhirnya disapa hidayah Allah.SUDAH KEHENDAK- NYA, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk orang yang menyakini kekuasaan Allah. Berbicara tentang Kembara rohani Malcolm X, kita perlu bahagikan kepada dua tahap atau peringkat. Pertama, setelah beliau memeluk islam hasil perkenalan dengan aktivis NoI. Pada peringkat ini, kefahamannya terhadap islam amat kabur dan dibayangi sentimen anti kulit putih. Ini disebabkan NoI yang di ketuai oleh Elijah Muhammad bukanlah memperjuangkan islam yang berpaksikan yang Al-Quran dan Sunnah, tetapi islam yang dicemari oleh sentimen perkauman yang menebal dan juga dipenuhi dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng dari ajaran islam yang sebenar. Malah, Elijah Muhammad sendiri secara terang-terangan mengaku dirinya sebagai Utusan Tuhan dan seorang penzina. Maaf, saya tidak tahu status NoI hari ini, adakah masih menyeleweng seperti dahulu. Untuk pengetahuan semua, Jermaine Jackson( abang kepada Michael Jackson) merupakan salah seorang ahli NoI. Malah, pemimpin-pemimpin NoI seperti Louis Farrakhan dan Leonard Muhammad, dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Michael Jackson semasa hayatnya.


(Jenazah Malcolm X)

Kembali kepada kisah Malcolm X, kembara rohani keduanya berlaku setelah beliau menunaikan fardhu Haji di Mekah. Di Mekah, beliau telah menemui ketulenan islam sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW. Di Mekah jualah sentimen perkaumannya mulai terhakis dan terkikis. Di Mekah jualah salah fahamnya tentang islam mulai lebur dan berkubur. Semuanya, gara-gara ukhwah islamiyah yang dipamerkan oleh para jemaah haji dari pelbagai bangsa dan negara. Di Mekah,beliau menyaksikan umat islam tanpa mengira warna kulit( termasuklah dari kalangan kulit hitam dan kulit putih) berhimpun bersama-sama untuk bertawaf dan makan setalam bersama-sama sebagai hamba Allah. Mekah mempamerkan persaudaraan islam yang melangkaui sempadan bangsa dan negara.

Perubahan pandangan dan perjuangannya ini dapat kita lihat menerusi kata-katanya “ Tidak pernah aku menyaksikan layanan mesra yang ikhlas dan semangat persaudaraan sebenar oleh orang-orang di sini (Mekah) yang berasal dari pelbagai warna dan bangsa. Ziarah haji ini telah memaksa aku menyusun semula pemikiran aku dan membuang jauh-jauh kesimpulan yang pernah aku simpulkan”. Dia benar-benar terhantuk di pintu sedar, lihat juga kata-katanya ini "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Setelah pulang dari menunaikan ibadat haji, Malcolm X telah memurnikan perjuangan dengan menubuhkan Muslim Mosque Inc(MMI) dan menentang keras ajaran NoI. Di samping itu, Malcolm X juga mula menukar nama kepada El-Hajj Malik El-Shabazz ( Sedikit info dari saya =Mungkin, kerana faktor inilah, sesetengah penulis mendakwa Malcolm X hanya memeluk islam setelah pulang dari menunaikan ibadat haji di Mekah, namun saya lebih cenderung dengan pandangan yang mengatakan, dia telah menganut islam sejak akrab dan mesra dengan kepimpinan NoI, cuma islam yang dia anuti ketika itu penuh kecelaruan dan kekeliruan lantaran ajaran NoI yang menyeleweng. Namun, yang paling penting ialah titik noktah sebagaimana saya nyatakan tadi). Tidak cukup dengan itu, Malcolm X juga telah menceritakan kesesatan Elijah Muhammad menerusi sepucuk surat kepada seorang sahabatnya di New York. Antara kandungan surat tersebut ialah “Selama 12 tahun aku hidup dalam batasan pemikiran yang sempit yang mengimani Elijah Muhammad sebagai seorang Utusan Dari Tuhan.”

Perubahan pandangan dan perjuangannya itu merupakan satu hijrah yang besar dalam hidup Malcolm X. Hijrah yang bermula dari Malcolm Litle kepada Malcolm X. Berhijrah lagi daripada Malcolm X kepada Malik El-Shabazz. Hijrahnya terakhir ini telah mengundang bahaya kepada diri dan kelurganya. Kemuncaknya, dia berhijrah buat selama-lamanya setelah mai ditembak oleh beberapa orang ahli-ahli NoI ketika ingin memulakan ucapannya di Audubon Ballroom, Manhattan.

Saturday, May 28, 2011

WAJIB BACA : GAME YANG MENGHINA ISLAM....

kita manusia  yang sering lalai.. apa yang mereka guna..kta guna..apa yang mereka main..kita main.. sedangkan kita tau tahu maksud yang tersirat disebaliknya. Rupa-rupanya ada games yang mereka ciptakan dengan niat tertentu..iaitu menghina ISLAM.. gemas tersebut ialah:






1) Devil May Cry 3




KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:



Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:



Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

UPDATED @ 5/3/2011
8) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.


Thursday, May 26, 2011

Blues Selamanya

Dulu.. suka sangat kumpul koleksi kartun Blues Untuk Aku.. tiap kali aku beli majalah ujang.. mesti aku akan simpan lampiran kartun tu sahaja.. dan bila majalah Blues Untuk Aku keluar.. tiap-tiap keluaran aku mesti beli..mcam jd koleksi wajib plak...dan abah pun apa lagi..pot pet pot pet la.. huhu.. abah kata membazir je..baik beli buku pelajaran.. hahahaha.. ampun ye abah...





Cantik sangat.. dan bagi aku ada nilai seni dia.. huhu.. dulu zaman skolah poster ni la yang aku tampal kat loker.. kat katil... kawan-kawan yang lain gilerkan tomok..boboy.. aku pulak gilakan kartun..kehkehkeh









Tapi sekarang susah rasanya nk jumpa kartun-kartun camni.. ada mungkin tak sama.. dan baru nie masa aku singgah kat both MOY semasa perta buku antarabangsa..dorang kata majalah blues untuk aku dh tak keluar dh..

*.. balik umah aritu, cari buku-buku kartun aku..ujang..Apo?...blues selamanya...tp dh takde..agaknya abah dh buang kot..huhuhu

Tuesday, May 24, 2011

Makanan Turki for dinner...

 Malam td dinner kat Istanbul Kebab House kat Nilai... konon tukar selera.. asyik makanan melayu je.. malam td layan la selera turki pulak..



Chicken Special Pide

Beef Rice Kofte



Fuh..seeh... yang kat atas tue sedapp sgt.. Chicken Special Pide tu lebih kurang mcm roti nan.. dalam tu di isi dengan daging ayam.. cheese.. tomato dan salad.. tp kalau makan banyak2 boleh muak... Beef Rice Kofte tu ok la jugak. Nasi lebih kurang macam nasi minyak.. daging tue di adun bersama rempah-rempah.. Aku bagi 8/10 untuk makanan-makanan kat atas tue.. Syukur Alhamdulillah sebab masih dapat menikmati hidangan seperti dia atas..

Tahniah Lembu Dan Pasangan

Lembu?? Pasangan?? Binatang boleh kawen ke?cewaahh...itu hanya lah intro semata-mata..lembu yang dimaksudkan adalah kawan masa satu sekolah dulu...lembu tu nickname dia..maklumlah zaman skolah dulu banyak sangat nama gelaran yang diberi..Lembu @ azrul... aku sebenarnya tak tau pun camana nama lembu tue lekat kat dorang...huhuhu

Anyway...untuk azrul dan Dila.. dorang ni couple dari zaman sekolah dulu...fuyyoo...cinta monyet ke jinjang pelamin.. tahniah..memang kami tak sangka..sebab ada ura-ura dorang dh clash la .. apa la.. kalau tak salah aku banyak kali jugak dorang nie kantoi dating n surat cinta dulu.. tapi memang jodoh dorang kuat..





Selamat Pengantin baru sahabat.. semoga bahagia hingga ke Syurga dan semoga tabah menjalani hidup berumahtangga.. sorry aku cilok gambo korang kat FB .. =))

Monday, May 23, 2011

Aku Orang Biasa


aku ini orang biasa-biasa
punya hati jiwa dan raga
kadang kau nampak aku ketawa
ada masa aku juga selalu berduka
duka ku itu aku sahaja yang rasa
senyum ku itu untuk kita kongsi bersama

aku ini orang biasa-biasa sahaja
kalau aku merajuk
aku tidak minta untuk dipujuk
walau kadang kepala angin yang tiba
mungkin membuat kau terkesima
tapi biarkan sahaja
jangan dilayan sikap kenakan itu
bagilah aku ruang dan masa
agar emosi pulih seperti sediakala

aku ini orang biasa-biasa sahaja
kesabaran sentiasa ada didada
kadang perangai aku tidak di duga
membuatkan kau pening kepala
aku ini tidak sempurna
aku inikan biasa-biasa sahaja
maaf jika tak mampu menjadi luar biasa
mohon terimalah aku seadanya...
 

Friday, May 20, 2011

Cantiknya Wardina

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Ilmu.. Yang mana ahli panelnya Wardina Safiyyah dan YB Dr Halimah Ali .. Tajuk yang menyentuh perasaan 'Forum Sinergi Kasih Ibu, Setiap Detik KasihMu Begitu Berharga'.. Banyak tauladan yang boleh di ambil yang mana nasihat-nasihat serta persiapan untuk menjadi bakal ibu.. ok.. nk share gambar bersama wardina..cantiknya dia...subhanallah.. 








Alamak..Wardina yang sudah ada anak 3 orang tu nampaknya lagi kurus dari aku ni..huhuhu....kata-kata Warrdina yang menyentuh hati aku.. '' saya tahu saya pernah buat jahat suatu masa dulu .. tp tak selamanya saya akan jadi jahat ''.. ya.. kehidupan dahulu beliau yang banyak memberi keinsafan.. jangan nilai manusia kerana masa dahulu .. nilailah apa yang ada pada hari ini.. kita manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..

Thursday, May 19, 2011

dinner sama pak menteri

Malam td dinner dengan Pak Menteri Belia dan Sukan...pak shabery cik.. (betul ke eja nama dia?).. oh..sebenarnya dinner tu adalah untuk urusetia  tak setia pun sebenarnya yang terlibat dengan sambutan hari belia peringkat negeri selangor di hulu langat baru-baru nie..oppss..harap maaf  AKU BUKAN PUTERI UMNO.. ini adalah program dari Majlis Belia Negeri Selangor.. Program ini lebih kepada aktiviti kebajikan... dan aku terlibat sebagai fessi yang membantu belia-belia yang menyertai perkhemahan.. 




Tu dinner masa malam td.. ok la...makanan best2 tapi kena tahan makan sebab on diet..kahkahkahkah... masih tunggu gambar-gambar dari kawan untuk di upload.

Wednesday, May 18, 2011

orang lain pun bercinta jugak....

Adakah anda sedang dilamun cinta?? kata orang..alam percintaan adalah alam yang penuh keasyikan...dunia hanya milik kita berdua...engkau dan dia..aku dan engkau... oh...asyikkk la sangat kan... ok..itu hanya intro semata-mata..

Aku bukan kisah pun dunia ni milik korang ke..dunia ni hanya korang berdua yang punya sampai tak sedar perkara-perkara yang menjengkelkan orang sekeliling... plss... perlu ke bercerita tentang keindahan percitaan korang tu kepada orang lain...kalau yg sudah berkahwin tu ok la... boleh diterima akal lagi .. ini baru bercinta.. hidup kita ni kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.. korang bercinta bagai nk rak pun.. kalau bukan jodoh nk buat macam mana...

serius aku nyampah gile...kalau di muka buku tue.. tgk kawan yang sedang asyik dengan dunia mereka...main post-post lagu... ''untuk syg.. i love u.. ''.. dalam sehari sampai 5 kali post apa kejadahnya.. ayyooo..sekali sekala boleh blah lagi..kalau hari-hari asyik link mereka je naik kat home kita...mau muak jugakkan..

bagi pendapat aku sendiri... orang lain pun bercinta jgk.. kalau nk tunjukkan kasih syg pada pasangan tue.biar lah berpada-pada..  kat henfon bercinta.. kat blog bercinta.. kat muka buku pun bercinta.. tak bosan ke?? mesti korang kata.. ala..fb aku..blog aku..suka hati aku la kan...ok...korang punya suka hati korang la...

tp..andai kata takde jodoh dengan cinta yang korang bangga-banggakan...takde jodoh dengan cinta yang korang heboh-hebohkan...(bukan mendoakan) ..aku cuma nk ckp...PADAN MUKA... kan dh malu dengan kawan-kawan..maaflah..perkara ni banyak terjadi pada kawan-kawan aku...cuma aku nk kata..sedangkan bertunang nabi kita menyarankan agar jangan mengebohkan..apatah lagi baru nk bercintan cintan.. diam-diam sudeyy... hanya mohon kepada DIA agar hubungan tu mencapai kepada matlamat yang ditetapkan..

Tuesday, May 17, 2011

Sekadar contengan...

Dh lama tak menconteng di ruang ini..asyik menconteng di ruang muka buku..sampai terlupa masih ada lagi ruang yang perlu diconteng.banyak benda yang berlaku..dan macam2 rasa yang terpendam..tapi lebih baik aku diamkan sahaja...kadang kala..apabila kita berdiam kita mengharapkan semuanya akan menjadi lebih baikkan..walau kadang kala diam itu sangat menyakitkan..tp kesakitan iu yang akan buat kita lebih utuh untuk berdiri...

Oh...hari sudah semakin terang rupanya..aku hanya memanjatkan doa agar hari-hari yang aku lalui ini akan sentiasa terang walaupun kadang kala ada hujan  di tengahari... aku anggapkan sahaja hujan panas itu sebagai satu cabaran supaya diri ini akan sentiasa beringat.. dalam terang sepanjang siang..kadang kala ada juga gerimis yang mengundang... aku kinayahkan dalam hidup ini..dalam masa kita pernah terjatuh,,bukan bermakna kita akan sentiasa jatuh, cuba perhatikan..dalam kita terjatuh itu,apabila kita boleh bangkit dengan kaki kita sendiri.. automatik semangat yang sangat membara muncul tiba-tiba bukan..

16 Mei... selamat hari guru warga pendidik... aku yang di lahirkan dalam keluarga pendidik..  abah..abglong dan kak ngah..selamat hari guru... syabas kerana anda berdua mewarisi darah keturunan cikgu dari abah..mimie hanya mewarisi darah emak..kihkihkih.. untuk semua pendidik...semoga keikhlasan anda mendidik anak bangsa sentiasa diberkati allah...

Aku kini sedang belajar untuk tidak mempercayai manusia di sekeliling aku..bukan aku bersangka buruk..tapi apabila banyak sangat benda-benda di luar jangkaan aku yang berlaku..makin aku fahami.. muka yang nampak baik itu tidak semestinya baik..aku berpesan kepada diri aku sendiri.. jangan meletakkan kebaikan seseorang itu melalui rupa paras,pakaian,tutur kata yang lembut serta perwatakan yang baik... tetapi..sila kenali dahulu sebelum menilai...sunggu aku daif dalam menilai manusia dan menilai kawan-kawanku sendiri...

Al-fatihah untuk pak itam yang kembali ke Rahmatullah.. semoga mak itam tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...insya allah..aku percaya syurga menanti buat seorang isteri yang  mentaati suaminya.

Wednesday, May 11, 2011

...................!!

aarrgghhtt..sungguh tak paham dengan perangai manusia itu..hari tu dh kena hentam..sekarang kena balik..mungkin sebab aku diam dia makin menjadi-jadi...haa..nk tengok sangat perangai singa aku nie..padan muka ko..ko ingat aku suka nk marah-marah org nie..tp siapa suka bila maruah diri dipijak-pijak...dasar mulut longkang..mulut hanyir.. kata kenail sangat dengan aku...WTF...ko sape??pernah jd kawan baik aku ke??atau sedara mara aku??setahu aku..ko yg selalu nk ajak aku bersembang..nk tahu semua kehidupan aku...10 ko tanya.. 1 je aku jawab.. dasar manusia tak sedar diri..elok lah berkawan ngan si ayam tue.. mulut macam longkang...ye..memang aku tengah marah sggt..jgn sampai aku pg kat ko..aku pg tampar muka ko..jgn ingat aku tak tau ko duk sok sek sok sek belakang aku...talam dua muka...bila aku tanya apa masalah ko ngan au..pandai plak putar citer...siap la ko..sekali lagi aku dengar..ko akan tgk singa betina keluar kandang macamana..!!


Friday, May 6, 2011

Dialog Ibu Dan Anak




I
Tenteramlah anak
walaupun kebanjiran sawah kita
hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatnya.

Ada siang masakan tiada terang
dengarlah
si katak sudah tiada memanggil lagi
besok hari panas
padi kita akan lepas!

II
Tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang.

Ada besok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu Jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka!


(Kassim Ahmad, Utusan Zaman, 26 Ogos 1958)

Wednesday, May 4, 2011

Masalah bau badan

Semua manusia sukakan kekemasan..sukakan kewangian dan paling penting adalah kebersihan. Samada lelaki atau perempuan, kebersihan ini melambangkan keperibadian seseorang.. maaf..aku sangat benci kalau ada orang kata.. ''ala..normal lah kalau lelaki tak jaga kebersihan sangat..kalau perempuan lainlah..''.. itu adalah sesuatu yang menjengkelkan...lelaki atau perempuan..dalam bab kebersihan adalah WAJIB bagi kedua-dua menjaganya..

Ok..kat sini aku nk bercerita mengenai masalah bau badan... aku adalah seorang yg sangat sensitif pada bau-bau nie..dan sangat menjadi masalah bagi hidung aku jika terbau badan yang kurang menyenangkan rongga-rongga hidung aku ini. Aku amik contoh..jika seseorang lelaki@perempuan sedang lalu ditepi aku..(situasi di ofis) cepat-cepat aku akan semburkan pewangi.. tujuan?untuk menghilangkan bau tersebut..kadang kala aku boleh muntah atau meloya jika terhidu bau  badan yang kurang menyenangkan..

Ada satu cerita..ketika zaman belajar dulu..roomate aku mengalami masalah tersebut...puas kami satu bilik mencari punca mengapa...dan...akhirnya kami menemui masalah tersebut..Dia tak pakai deadoren..huhuhu....nak tegur kami takut dia akan malu.. kami sama-sama fikir bagaimana nk tegur dengan menggunakan cara yang berkesan..dan akhirnya..kami menggunakan kinayah ini.. pada hari lahir beliau..kami telah menghadiahkan 3 jenis deadoran... dengan harapan kinayah ini menjadi.. dan akhirnya alhamdulillah..kami berjaya... dan selepas itu kami perhatikan bau tersebut telah kurang..

 mak aku pesan..salah satu cara nk bagi hilangkan masalah bau badan kita ni ialah dengan cara menyental  buah limau kasturi. Potong dan sapu kat badan..insya allah badan kita akan lebih segar... Itu juga salah satu petua orang lama yang patut kita amalkan.. Masalah bau badan nie bukan terjadi kepada perempuan sahaja.. malah lelaki juga.. yekksss... sorry to say..aku benci lelaki yang mempunyai bau badan yg kuat...kalau wangi ok..tp kalau bau Tengit...masya allah.......tak tau nk kata apa lah...lagi-lagi pada lelaki yang merokok..dengan bau rokoknya..bau badan yg tengitnye...isshhh...sakit hidung mak nakkk...