Seronok..dua ronok.. tiga ronok dan beronok ronok.. hahaha.. lepas aku upload gambar2 masa bercuti ke singapura dan ke Uss aritu.. maka ramailah kawan-kawan bertanyakan soalan-soalan yang aku sendri tertanya sebelum ke sana aritu.. walaupun ada suara sumbang yg ckp kat aku.. elee... p singapore je pun.. elee.. org sgapore pun tak p Uss.. alaahh.. suka ati aku lah nk p mana.. Ko p ke?? huhu.. ok.. lantak lah asal aku seronok n happy sgt kat sana.. kau hada .. ;p
Sebenarnya dh lama nk ke sana.. lepas
Amin meng offer untuk join dia ke sana .. tanpa fikir panjang serta persetujuan bersama aku menerima pelawaan itu.. cewahh ayat skema mcm budak nk amik upsr plak.. percutian ni dihadiri bersama dengan 6 org rakan yang lain.
Sebelum nk ke sana, rasa mcm susah sgt.. nk cari hotel..nk book tiket ke uss.. aku banyak jugak study dari pengalaman orang yg pernah ke sana, antaranya blog
fatin liyana. cuma yg beza dia ada saudara kat sgapore.. tp kami kena bergerak sendiri.. dan akhirnya kami sepakat untuk book
kozi hotel. Harga hotel ni ok lah.. murah dan nampak agak selesa.. Amin terus book hotel dan pada hari tu jgk dapat jawapan dari pihak hotel.. selesai bab hotel dan kini tiket ke uss plak..
Ada cadangan suh walk in je masa hari nk ke sana.. tp bila fikir2 susah nk walk in takut ramai orang la.. pastu tak tau nk ke sana macamana.. al maklumlah masing-masing 1st time kesana.. dan dgn bantuan makcik Ijan.. dapat lah kami book melalui agent sahaja.. harga tiket + tambang bas pergi dan bali + tax = RM 212 .. kira berbaloi lah bagi kami ni...fuhh setel ke sana. agent tu ckp bayar dan ambil tiket pada hari nk ke sana iaitu pada 1 january 2012.
31 Disember 2011
Aku, nad, dan epoi ke rumah pak muda dan bonda jam 11 malam sebelum gerak jam 4 pagi.. di hentian nilai aku bertukar kereta untuk keselesaan bersama .. cewaahh.. amin, ijan dan najib dh tunggu kami di situ.. sorryy kami lambat skit.. bermulalah perjalanan kami ke selatan... fuhh.. amin bwk kete berdessuup. terasa ala-ala F1 giteeww.. dan di sepanjang perjalanan aku berjaya melelapkan mata sehingga kami singgah subuh di rnr pagoh...selepas solat kami meneruskan perjalanan ke Jb.. dan seperti biasa mata ini akan terus terpejam sampai destinasi yg dituju...kehkehkeh
Kami tiba di hadapan Kozi Hotel kira-kira jam 9 pagi. Sampai je sana kami siap-siap untuk ke singapore.. oh ye. untuk makluman check in hotel jam 12 pm .. Untuk sebuah perjalanan, kita kena selalu amalkan konsep bertanya.. kerana siapa yang tidak bertanya pasti akan sesat jalan..huahuahua.. kami pun bertanya kepada org tempatan bagaimana cara kami nk ke singapore menggunakan kenderaan awam.. dengan persepakatan berasama, kami bergerak ke terminal bas larkin yang mana kat sana terdapat shutle bas ke singapore. Sampai sana kami terus amik bus dengan tambang rm2.50 je.. murah kan..bas ada air-cond lagi... dan pengembaraan melintasi tambak johor pun bermula...
 |
| cakap je nk kemana |
 |
| Bugis Village |
 |
| We went to Esplanade .. cantik sgt |
 |
| Bukan pendatang asing |
 |
| kami solat disini |
 |
| cantikkan |
 |
| Plaza Singapura |
 |
| Singa kebanggaan Singapura |
|
|
|
|
|
 |
| Boat on top of the skyscapers |
Ok la.. nti kita sambung balik ye.. penat tau nak buat buat karangan ni.. ;P